Thursday, February 13, 2014

Cara tangani soalan 'sukar' dan 'mencabar' dalam temuduga

Kadangkala di dalam suasana temuduga, calon akan ditanyakan soalan yang boleh dianggap sebagai 'sukar' dan 'mencabar' dalam temuduga.

Contoh soalan 'sukar' dan 'mencabar':


  • "Saya faham anda mempunyai pengalaman luas dalam bidang ini, akan tetapi bolehkah anda jelaskan sebab-sebab meninggalkan pekerjaan yang sedia ada ?"
  • "Boleh terangkan sebab anda berhenti kerja di tempat lama pada tahun XX?"
  • "Saya dapati anda tidak menyenaraikan apa-apa pekerjaan diantara tahun XX sehingga YY, boleh terangkan mengapa?"
  • "Saya dapati anda kerap bertukar kerja diantara tahun XX sehingga YY, boleh jelaskan mengapa?"





Mengapakah soalan sebegini dianggap 'sukar'?

Soalan sebegini dianggap 'sukar' dijelaskan semasa situasi temuduga kerana selalunya ia ditanya dalam keadaan spontan dan biasanya ditanya selepas sesi santai ice-breaking  'memperkenalkan diri'. Bayangkan, selepas sahaja sesi memperkenalkan diri dan bersantai-santai, tiba-tiba sahaja soalan sebegini ditanya.... tentu sukar bukan?

Monday, August 13, 2012

Soalan Trik: Ceritakan Kelemahan Diri Anda

Sudah menjadi lumrah dalam temuduga sekiranya anda ditanya soalan trik yang 'rumit' untuk dijawab. Post kali ini memfokuskan berkenaan cara menjawab soalan "Ceritakan Kelemahan Diri Anda".

Soalan ini biasanya ditanya ketika hampir di penghujung sesi temuduga, dimana penemuduga menggunakan soalan ini untuk mengetahui dan menguji daya pemikiran kreatif calon temuduga.

Calon yang tidak berpengalaman kebiasanyaannya akan:


  1. Menjadi gugup,gementar dan mengambil masa yang panjang ataupun tidak berupaya untuk menjawab soalan ini dalam masa yang singkat.
  2. Menceritakan perihal keburukan diri yang boleh mengakibatkan panel penemuduga mengambil jalan singkat untuk mengenepikan permohonan calon tersebut.
  3. Cuba untuk mengelak dari menjawab soalan berikut dengan menanyakan soalan balas kepada penemuduga untuk melengahkan jawapan.


Tips untuk menjawab soalan ini:

Contoh-contoh soalan temuduga

Berikut adalah petikan contoh-contoh soalan yang biasanya ditanya semasa temuduga:


  1. Cerita sedikit tentang diri anda.
  2. Bagaimanakah saya membayangkan diri anda 5 tahun daripada sekarang?
  3. Mengapakah anda memilih kerjaya yang sedang anda kejar sekarang?
  4. Apakah  perkara yang dapat memotivasikan anda?
  5. Apakah kelayakan yang anda miliki yang boleh menolong dalam kerjaya pilihan anda?
  6. Bagaimanakah anda menentukan/menilai kejayaan?
  7. Apakah sumbangan yang anda dapat berikan kepada pihak kami?
  8. Apakah kelemahan-kelemahan anda?
  9. Adakah gred-gred yang anda capai semasa belajar menggambarkan kebolehan anda sebenar?
  10. Mengapakah patut kami memilih anda?
  11. Ceritakan satu pengalaman yang paling berguna kepada anda.
  12. Bagaimanakah anda apabila bekerja dalam keadaan yang tertekan? (work under pressure)
  13. Apakah kesulitan yang pernah anda hadapi dan bagaimana anda dapat mengatasinya.
  14. Apakah yang anda telah pelajari daripada kesilapan-kesilapan pada masa-masa lalu?
  15. Apakah objektif kerjaya jangka panjang anda?
  16. Bagaimanakah anda merancang untuk mencapai matlamat kerjaya anda?
  17. Apakah kualiti yang perlu ada pada seseorang yang berjaya?
  18. Apakah subjek yang anda paling minat dan paling tidak minat sekali? Mengapa?
  19. Apakah perubahan-perubahan yang anda akan lakukan semasa berada di kolej atau universiti? Mengapa?
  20. Apakah yang anda telah pelajari daripada penyertaan anda dalam aktiviti kokurikulum?
  21. Adakah anda mempunyai keutamaan tempat/lokasi anda bekerja? Mengapa?
  22. Apakah ganjaran terpenting yang anda jangkakan dalam kerjaya anda?
  23. Bincangkan sedikit tentang isu semasa yang berkait dengan kerjaya pilihan anda.
Pastikan anda membiasakan diri anda untuk menjawab soalan-soalan sebegini secara spontan sekiranya ditanya oleh panel penemuduga...

Sunday, October 23, 2011

Soalan Trik: Berapakah Gaji yang Anda Mahu?

Soalan berapakah gaji yang anda mahu ini kadangkala dijadikan "soalan trik" ketika temuduga. Ini kerana kadangkala bakal majikan ingin menguji sejauh manakah anda menilai kebolehan diri anda.

Namun begitu, soalan ini perlulah ditangani secara berhati-hati kerana anda tidak mahu kelihatan seperti terlalu mementingkan keperluan materialistik tetapi pada masa harus mempertahankan 'market value' calon temuduga.

Berikut adalah cara menangani soalan "Berapakah Gaji yang Anda Mahu?":


  1. "Saya lebih selesa sekiranya pihak Tuan sendiri memberikan saya julat gaji untuk jawatan ini"
  2. "Pendapatan kasar semasa saya bekerja di syarikat terdahulu adalah RM3,500. Bolehkah tuan berikan julat gaji  untuk jawatan ini?"
  3. "Saya rasa agak terlalu awal untuk membincangkan perkara ini. Saya lebih selesa untuk membincangkan berkenaan pengalaman kerja dan skillset saya terlebih dahulu sebelum kita  ke peringkat seterusnya."


Elakkan dari terus bertanya berkenaan soal gaji dan bonus diawal proses temuduga. Sebaliknya tunggu sehingga penemuduga menerangkan kepada anda atau bertanyakan berkenaan gaji yang besesuaian untuk anda.




Friday, September 30, 2011

Eye-Contact Semasa Temuduga...

Eye Contact memainkan peranan penting ketika temuduga.


  • Eye Contact yang kurang akan memberikan impresi bahawa calon tersebut tidak yakin ataupun kurang bersedia.
  • Mata yang sering kali berkedip-kedip  menunjukkan calon gemuruh ataupun kurang jujur ketika menjawab soalan penemuduga.
  • Elakkan mata dari liar memandang persekitaran bilik, seperti siling, meja, perabot dan sebagainya. Tumpukan perhatian dan pandangan kepada para penemuduga.

"Eye-contact" merupakan suatu bentuk 'body-language' yang dapat memberikan  gambaran awal kepada penemuduga tentang tahap kebersediaan calon terhadap jawatan dipohon
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...