Saturday, September 15, 2007

Muat Turun Lagu Selamat Hari Raya Aidilfitri - (Lagu Raya)

Sempena bulan Ramadan ini, blog Tips Temuduga mengambil langkah untuk menawarkan download lagu raya klasik dan nostalgik pilihan kami untuk didengari semua. Lagu-lagu raya tersebut adalah :

Download Lagu Raya Pilihan - (LaguRaya.zip)
Alleycats Sejuta Kalau
Amy Mastura Bersama Di Hari Raya
Amy Mastura Setahun Sekali
Anuar & Ellina Suasana Hari Raya
Dr Sam Esok Hari Raya
Jangan Main Mercun Ahmad Busu Sabri Yunus
Ramli Sarip Ramadhan
Senario Puasa dan Raya
Sharifah Aini Suasana Hari Raya
Sheila Majid Hari Mulia
Sudirman Dari Jauh Kupohon Maaf
Ziana Zain & Awie Halaman Asmara
Khairil Johari Sepasang Kurung Biru.mp
M Nasir Satu Hari di Hari Raya
P Ramlee Dendang Perantau
Rafeah Buang Selamat Hari Raya
Saloma Selamat Hari Raya
Sanisah Huri AidilFitri
Sanisah Huri Bersabarlah Sayang
A.Ramlie Suara Takbir
Ahmad Jais Selamat Hari Raya
Various Artist Gembira Di Hari Raya
Various Artis Salam Aidilfitri

Download, jangan tak download ! - (LaguRaya.zip)

Labels: , , , , , , , ,

Thursday, October 26, 2006

Perkara yang menjelikkan penemuduga

Berikut adalah perkara-perkara yang sepatutnya anda elakkan ketika berada dalam bilik temuduga untuk mengelakkan penemuduga berasa bosan dan jelik kepada anda :

  1. Bercakap perkara-perkara yang tidak berkaitan secara keterlaluan
  2. Tidak memberikan tumpuan kepada penemuduga tertentu apabila ditemuduga lebih dari seorang penemuduga
  3. Mengelak dari menjawab soalan penemuduga
  4. Memandang rendah akan pengetahuan penemuduga, ini dapat dilihat dengan jawapan anda
  5. Mencabar penemuduga dengan bertanyakan soalan yang rumit dan terlalu teknikal
  6. Menggunakan nama-nama orang berpangkat atau terkenal dalam perbualan anda dengan temuduga dengan harapan penemuduga tersebut kagum dengan anda


Perkara-perkara ini bukan sahaja membosankan penemuduga, malah akan membuatkan penemuduga merasa jelik dengan anda dan seterusnya mengambil keputusan untuk mengenepikan permohonan anda untuk mendapat jawatan tersebut.

Tags : , ,, ,

Monday, October 23, 2006

Kawal emosi semasa temuduga

Semasa berada di bilik temuduga, kerapkalinya anda akan ditanyakan soalan-soalan yang anda kurang bersedia. Soalan-soalan ini kebanyakkannya seolah-olah "mencabar" kewibawaan anda.

Apa yang perlu anda lakukan adalah :

  1. Ingatkan diri anda bahawa penemuduga sedang menguji anda
  2. Jawab dengan jelas dan lantang
  3. Kikiskan sifat ego anda
  4. Tenangkan diri anda sebelum menjawab soalan, selalunya penemuduga akan cuba menggunakan jawapan anda untuk membidas
  5. Banyakkan senyuman
  6. Berikan penekanan dalam jawapan anda yang menyokong butiran-butiran yang tertulis dalam CV/Resume anda. Berikan penekanan kepada pencapaian anda yang tidak boleh dicapai orang lain
  7. Jangan sesekali menunjukkan anda hilang minat terhadap pekerjaan ditawarkan



Selain itu, anda dinasihatkan supaya jangan tergopoh gapah menjawab soalan-soalan sebegini dari temuduga, ambil masa untuk berfikir sejenak,dan jawablah dengan fikiran yang tenang.

Monday, June 12, 2006

Tingkahlaku dan Adab Semasa Temuduga #2

  1. Jangan sekali-kali mengeluarkan kata-kata yang tidak benar semasa dalam temuduga.
  2. Jika anda tidak tahu jawapan yang disoal itu, janganlah cuba hendak berbohong ataupun mendiamkan diri sahaja, kerana ini akan melemahkan peluang anda. Eloklah anda bercakap terus terang yang anda tidak tahu jawapannya.
  3. Bersedia memberitahu penemuduga tentang keluarga anda, persekolahan, kegemaran dan aktiviti anda. Jangan bercakap melebihi dan yang tidak sepatutnya.
  4. Jangan berbincang apa-apa masalah peribadi anda semasa temuduga.
  5. Jika anda pernah bekerja dahulu, berilah keterangan dengan ringkas dan tepat berkenaan dengan pekerjaan itu.
  6. Jangan sekali-kali anda cuba hendak mencela bekas majikan anda.
  7. Nyatakan kelayakan dan kelulusan anda yang benar, tetapi janganlah membesar-besarkan perkara itu.
  8. Anda hendaklah mengetahui serba sedikit akan tugas-tugas yang bersabit dengan pekerjaan itu, masa yang dijangka kena bekerja dan gajinya yang akan dibayar pada permulaannya.
  9. Bersedialah untuk memberitahu kadar gaji yang anda ingin. Walau bagaimanapun biarlah penemuduga itu mengemukakan perkara itu terlebih dahulu.
  10. Jika penemuduga tidak menyatakan tarikh yang sepatutnya anda mengetahui keputusan temuduga itu, eloklah anda bertanya supaya anda boleh datang lagi ke pejabatnya untuk mengetahui keputusan itu. Jika ia bersetuju tanyakan tarikh dan masa yang sesuai baginya.
  11. Biarkan penemuduga itu menamatkan temuduga.
  12. Ucapkan terima kasih kepada penemuduga kerana memberi peluang kepada anda menyertai temuduga itu.


, ,,