Showing posts with label soalan. Show all posts
Showing posts with label soalan. Show all posts

Monday, August 13, 2012

Contoh-contoh soalan temuduga

Berikut adalah petikan contoh-contoh soalan yang biasanya ditanya semasa temuduga:


  1. Cerita sedikit tentang diri anda.
  2. Bagaimanakah saya membayangkan diri anda 5 tahun daripada sekarang?
  3. Mengapakah anda memilih kerjaya yang sedang anda kejar sekarang?
  4. Apakah  perkara yang dapat memotivasikan anda?
  5. Apakah kelayakan yang anda miliki yang boleh menolong dalam kerjaya pilihan anda?
  6. Bagaimanakah anda menentukan/menilai kejayaan?
  7. Apakah sumbangan yang anda dapat berikan kepada pihak kami?
  8. Apakah kelemahan-kelemahan anda?
  9. Adakah gred-gred yang anda capai semasa belajar menggambarkan kebolehan anda sebenar?
  10. Mengapakah patut kami memilih anda?
  11. Ceritakan satu pengalaman yang paling berguna kepada anda.
  12. Bagaimanakah anda apabila bekerja dalam keadaan yang tertekan? (work under pressure)
  13. Apakah kesulitan yang pernah anda hadapi dan bagaimana anda dapat mengatasinya.
  14. Apakah yang anda telah pelajari daripada kesilapan-kesilapan pada masa-masa lalu?
  15. Apakah objektif kerjaya jangka panjang anda?
  16. Bagaimanakah anda merancang untuk mencapai matlamat kerjaya anda?
  17. Apakah kualiti yang perlu ada pada seseorang yang berjaya?
  18. Apakah subjek yang anda paling minat dan paling tidak minat sekali? Mengapa?
  19. Apakah perubahan-perubahan yang anda akan lakukan semasa berada di kolej atau universiti? Mengapa?
  20. Apakah yang anda telah pelajari daripada penyertaan anda dalam aktiviti kokurikulum?
  21. Adakah anda mempunyai keutamaan tempat/lokasi anda bekerja? Mengapa?
  22. Apakah ganjaran terpenting yang anda jangkakan dalam kerjaya anda?
  23. Bincangkan sedikit tentang isu semasa yang berkait dengan kerjaya pilihan anda.
Pastikan anda membiasakan diri anda untuk menjawab soalan-soalan sebegini secara spontan sekiranya ditanya oleh panel penemuduga...

Tuesday, August 30, 2011

Soalan Trik: Ceritakan berkenaan diri anda (Tell me about yourself)







Awas! 3 perkara yang anda perlu tahu berkenaan soalan sebegini 

Soalan berkenaan "Ceritakan berkenaan diri anda" ataupun dengan bahasa Inggerisnya "Tell me about yourself" kerapkali ditanya semasa diawal temuduga.

Terdapat 3 tujuan utama untuk soalan ini:

  • Sebagai sesi 'ice-breaking'
  • Untuk menguji kelancaran anda dan kematangan anda ketika berbicara
  • Untuk mengetahui tahap minat anda terhadap kerjaya yang dipohon

PERTAMA: "Ice-breaking"
Pertama sekali penemuduga berkemungkinan telah membaca resume ataupun kelayakan anda secara sepintas lalu dan sesi ini adalah untuk mengenali anda secara bersemuka (in-person).

Jadi soalan ini dijadikan sebagai titik permulaan perbualan anda dan para penemuduga, dan untuk mengelakkan rasa janggal dan kekok

Maka dengan sebab itu, kebanyakan temuduga akan dimulakan dengan soalan begini.


KEDUA: Menguji Kelancaran Anda dan Kematangan Anda Ketika Berbicara
Majoriti penemuduga telahpun tahu dan arif berkenaan suasana bilik temuduga boleh menyebabkan anda 'cemas' dan 'panik', akan tetapi ia juga boleh menjadi medan untuk menguji kemahiran anda berkomunikasi sekiranya anda berhadapan dengan situasi 'tegang' sebegini.


Soalan 'ice-breaking' seperti "Tell me about yourself" sememangnya boleh dijadikan kayu ukur untuk melihat kemahiran komunikasi anda untuk menceritakan sesuatu yang mudah kepada penemuduga. Faktor-faktor lain seperti kelancaran dan kematangan juga diambil kira ketika anda sedang menceritakan perihal diri anda. 

Apa yang perlu diberikan perhatian, adalah:

Thursday, October 26, 2006

Perkara yang menjelikkan penemuduga

Berikut adalah perkara-perkara yang sepatutnya anda elakkan ketika berada dalam bilik temuduga untuk mengelakkan penemuduga berasa bosan dan jelik kepada anda :

  1. Bercakap perkara-perkara yang tidak berkaitan secara keterlaluan
  2. Tidak memberikan tumpuan kepada penemuduga tertentu apabila ditemuduga lebih dari seorang penemuduga
  3. Mengelak dari menjawab soalan penemuduga
  4. Memandang rendah akan pengetahuan penemuduga, ini dapat dilihat dengan jawapan anda
  5. Mencabar penemuduga dengan bertanyakan soalan yang rumit dan terlalu teknikal
  6. Menggunakan nama-nama orang berpangkat atau terkenal dalam perbualan anda dengan temuduga dengan harapan penemuduga tersebut kagum dengan anda


Perkara-perkara ini bukan sahaja membosankan penemuduga, malah akan membuatkan penemuduga merasa jelik dengan anda dan seterusnya mengambil keputusan untuk mengenepikan permohonan anda untuk mendapat jawatan tersebut.

Tags : , ,, ,

Monday, October 23, 2006

Kawal emosi semasa temuduga

Semasa berada di bilik temuduga, kerapkalinya anda akan ditanyakan soalan-soalan yang anda kurang bersedia. Soalan-soalan ini kebanyakkannya seolah-olah "mencabar" kewibawaan anda.

Apa yang perlu anda lakukan adalah :

  1. Ingatkan diri anda bahawa penemuduga sedang menguji anda
  2. Jawab dengan jelas dan lantang
  3. Kikiskan sifat ego anda
  4. Tenangkan diri anda sebelum menjawab soalan, selalunya penemuduga akan cuba menggunakan jawapan anda untuk membidas
  5. Banyakkan senyuman
  6. Berikan penekanan dalam jawapan anda yang menyokong butiran-butiran yang tertulis dalam CV/Resume anda. Berikan penekanan kepada pencapaian anda yang tidak boleh dicapai orang lain
  7. Jangan sesekali menunjukkan anda hilang minat terhadap pekerjaan ditawarkan


Selain itu, anda dinasihatkan supaya jangan tergopoh gapah menjawab soalan-soalan sebegini dari temuduga, ambil masa untuk berfikir sejenak,dan jawablah dengan fikiran yang tenang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...