Monday, August 13, 2012

Soalan Trik: Ceritakan Kelemahan Diri Anda

Sudah menjadi lumrah dalam temuduga sekiranya anda ditanya soalan trik yang 'rumit' untuk dijawab. Post kali ini memfokuskan berkenaan cara menjawab soalan "Ceritakan Kelemahan Diri Anda".

Soalan ini biasanya ditanya ketika hampir di penghujung sesi temuduga, dimana penemuduga menggunakan soalan ini untuk mengetahui dan menguji daya pemikiran kreatif calon temuduga.

Calon yang tidak berpengalaman kebiasanyaannya akan:


  1. Menjadi gugup,gementar dan mengambil masa yang panjang ataupun tidak berupaya untuk menjawab soalan ini dalam masa yang singkat.
  2. Menceritakan perihal keburukan diri yang boleh mengakibatkan panel penemuduga mengambil jalan singkat untuk mengenepikan permohonan calon tersebut.
  3. Cuba untuk mengelak dari menjawab soalan berikut dengan menanyakan soalan balas kepada penemuduga untuk melengahkan jawapan.


Tips untuk menjawab soalan ini:


1. Ceritakan kelemahan yang boleh memberikan impak positif
Bagaimana? Dengan menceritakan minat ataupun kemahiran anda yang secara tidak langsung memberikan kesan terhadap persekitaran anda. Contoh:

Sample jawapan1
 "Menjawab kepada soalan tuan, apa yang saya dapat lihat pada diri saya adalah, apabila saya mula menumpukan perhatian terhadap sesebuah task, saya dapati sukar untuk saya berhenti, sampai balik rumah pun saya terbayang-bayangkan task tersebut".

Sample Jawapan 2
"Saya memang seorang yang people person dan ceria, sampaikan kadang-kadang saya rasa saya terlebih spend masa dgn client, semata-mata nak entertain client tersebut."


2. Ceritakan kelemahan yang tidak berkait-rapat dengan kerja
Satu lagi cara adalah dengan menceritakan kelemahan yang langsung tidak berkaitan dengan pekerjaaan yang dipohon. Bergantung juga kepada panel penemuduga, kadangkala calon termuduga boleh menggunakan peluang ini untuk mengubah mood kepada mood yang lebih ceria dengan sedikit humor.

Sample Jawapan:

"Kelemahan diri saya yang utama sekalui -- saya tak ada bakat langsung dalam masakan, pernah sekali saya cuba nak save budget makan dalam apartment. Saya cuba untuk buat ikan kering masak asam, tapi bila je saya masukkan cili dalam belanga, terus keluar asap berkepul sampai alarm kebakaran berbunyi.... apa lagi panik terus. Keluar je rumah, jiran2 dah berkumpul sebab diaorang ingatkan ada kebakaran... sejak tu saya dah tak berani nak cuba-cuba nak explore masak lagi."

Perhatikan sample jawapan tersebut tidak mencerminkan langsung kelemahan calon dalam melaksanakan tugas (kecuali sekiranya memohon dalam bidang masakan!). Peluang menceritakan pengalaman sebegini boleh menjadi bahan jenaka dan humor untuk mengurangkan rasa stress dikalangan panel penemuduga. Selain itu, ia turut memberikan impresi bahawa anda merupakan people person dan pandai berkomunikasi.

Anda boleh juga menggunakan pengalaman lain seperti pengalaman anda melukis, berenang, membaiki kereta dan sebagainya yang menunjukkan anda mungkin tidak berbakat dalam sesuatu bidang, tp arif dan berkompetensi dalam bidang pekerjaan yang anda pohon.

Semoga berjaya!!







4 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. comment removed? as in shame from the past ?

    ReplyDelete
  3. Perkongsian yang baik dan membina. Seharusnya bakal calon memastikan mereka bersedia dengan soalan SILENT KILLER macam ni. Kena bijak menjawap. Tapi mesti perlu belajar dari mereka yang berpengalaman. www.tipstemuduga.com.my

    ReplyDelete
  4. Perkongsian menarik.Memang bagus untuk buat rujukan.Terima kasih.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...