Sunday, October 23, 2011

Soalan Trik: Berapakah Gaji yang Anda Mahu?

Soalan berapakah gaji yang anda mahu ini kadangkala dijadikan "soalan trik" ketika temuduga. Ini kerana kadangkala bakal majikan ingin menguji sejauh manakah anda menilai kebolehan diri anda.

Namun begitu, soalan ini perlulah ditangani secara berhati-hati kerana anda tidak mahu kelihatan seperti terlalu mementingkan keperluan materialistik tetapi pada masa harus mempertahankan 'market value' calon temuduga.

Berikut adalah cara menangani soalan "Berapakah Gaji yang Anda Mahu?":


  1. "Saya lebih selesa sekiranya pihak Tuan sendiri memberikan saya julat gaji untuk jawatan ini"
  2. "Pendapatan kasar semasa saya bekerja di syarikat terdahulu adalah RM3,500. Bolehkah tuan berikan julat gaji  untuk jawatan ini?"
  3. "Saya rasa agak terlalu awal untuk membincangkan perkara ini. Saya lebih selesa untuk membincangkan berkenaan pengalaman kerja dan skillset saya terlebih dahulu sebelum kita  ke peringkat seterusnya."


Elakkan dari terus bertanya berkenaan soal gaji dan bonus diawal proses temuduga. Sebaliknya tunggu sehingga penemuduga menerangkan kepada anda atau bertanyakan berkenaan gaji yang besesuaian untuk anda.




Friday, September 30, 2011

Eye-Contact Semasa Temuduga...

Eye Contact memainkan peranan penting ketika temuduga.


  • Eye Contact yang kurang akan memberikan impresi bahawa calon tersebut tidak yakin ataupun kurang bersedia.
  • Mata yang sering kali berkedip-kedip  menunjukkan calon gemuruh ataupun kurang jujur ketika menjawab soalan penemuduga.
  • Elakkan mata dari liar memandang persekitaran bilik, seperti siling, meja, perabot dan sebagainya. Tumpukan perhatian dan pandangan kepada para penemuduga.

"Eye-contact" merupakan suatu bentuk 'body-language' yang dapat memberikan  gambaran awal kepada penemuduga tentang tahap kebersediaan calon terhadap jawatan dipohon

Sunday, September 25, 2011

Elak dari bercakap terlalu banyak semasa sesi soal-jawab

Salam Sejahtera,

Kadangkala semasa sesi temuduga, calon-calon akan lebih mudah teruja dengan soalan-soalan yang diajukan oleh penemuduga kepada calon. Ini boleh dilihat dari kecenderungan calon-calon untuk lebih vokal, dan bercakap tanpa henti.



Perkara ini harus dielakkan oleh calon temuduga kerana :

  • Walaupun ia dapat mengurangkan rasa gemuruh, tetapi ia menunjukkan bahawa calon kurang matang
  • Boleh menyebabkan penemuduga mudah berasa bosan
  • Terdapat kebarangkalian calon mungkin tersalah tafsir soalan penemuduga dan sekiranya calon meneruskan percakapan tanpa henti, ia mungkin menyebabkan penemuduga bertanggapan negatif kepada calon.
  • Ia memberikan imej gopoh kepada calon
  • Jawapan yang diberikan mudah tersasar dari kehendak penemuduga
Perlu diberi perhatian bahawa penemuduga lebih senang dengan calon yang memberikan jawapan yang ringkas dan padat kerana kebanyakkan penemuduga mengejar masa untuk menemuduga calon seterusnya. 

Sekiranya ingin memberikan impresi yang baik, maka bercakaplah dengan nada yang tegas dan bersemangat. Elakkan bercakap ataupun membebel terlalu banyak kerana ini adalah salah satu perkara yang menjelikkan penemuduga


Saturday, September 03, 2011

3 Tips Elakkan Perasaan Gemuruh Semasa Temuduga

Perasaan gemuruh adalah sesuatu perkara  lumrah ketika menghadiri temuduga. Berikut adalah 4 tips untuk mengelakkan perasaan gemuruh ketika menunggu giliran dan berhadapan dengan penemuduga:



Tips 1: Ketika menunggu giliran, jangan terlalu mengandaikan soalan penemuduga.
Calon temuduga mudah menjadi gemuruh sekiranya terlalu memikirkan berkenaan soalan yang akan ditanyakan  penemuduga. Oleh itu, jangan fikirkannya! Tenangkan fikiran dan elakkan diri dari mengandaikan perkara yang negatif.

Thursday, September 01, 2011

Interview Questions: Tell me about yourself -- The Good and Bad Example

Berikut adalah kesinambungan daripada post bertajuk  , disini terdapat dua video yang menunjukkan cara menjawab soalan "Ceritakan perihal diri anda" dan "Tell me about yourself"

Bad Example


Good Example


Tuesday, August 30, 2011

Soalan Trik: Ceritakan berkenaan diri anda (Tell me about yourself)







Awas! 3 perkara yang anda perlu tahu berkenaan soalan sebegini 

Soalan berkenaan "Ceritakan berkenaan diri anda" ataupun dengan bahasa Inggerisnya "Tell me about yourself" kerapkali ditanya semasa diawal temuduga.

Terdapat 3 tujuan utama untuk soalan ini:

  • Sebagai sesi 'ice-breaking'
  • Untuk menguji kelancaran anda dan kematangan anda ketika berbicara
  • Untuk mengetahui tahap minat anda terhadap kerjaya yang dipohon

PERTAMA: "Ice-breaking"
Pertama sekali penemuduga berkemungkinan telah membaca resume ataupun kelayakan anda secara sepintas lalu dan sesi ini adalah untuk mengenali anda secara bersemuka (in-person).

Jadi soalan ini dijadikan sebagai titik permulaan perbualan anda dan para penemuduga, dan untuk mengelakkan rasa janggal dan kekok

Maka dengan sebab itu, kebanyakan temuduga akan dimulakan dengan soalan begini.


KEDUA: Menguji Kelancaran Anda dan Kematangan Anda Ketika Berbicara
Majoriti penemuduga telahpun tahu dan arif berkenaan suasana bilik temuduga boleh menyebabkan anda 'cemas' dan 'panik', akan tetapi ia juga boleh menjadi medan untuk menguji kemahiran anda berkomunikasi sekiranya anda berhadapan dengan situasi 'tegang' sebegini.


Soalan 'ice-breaking' seperti "Tell me about yourself" sememangnya boleh dijadikan kayu ukur untuk melihat kemahiran komunikasi anda untuk menceritakan sesuatu yang mudah kepada penemuduga. Faktor-faktor lain seperti kelancaran dan kematangan juga diambil kira ketika anda sedang menceritakan perihal diri anda. 

Apa yang perlu diberikan perhatian, adalah:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...