Namun begitu, soalan ini perlulah ditangani secara berhati-hati kerana anda tidak mahu kelihatan seperti terlalu mementingkan keperluan materialistik tetapi pada masa harus mempertahankan 'market value' calon temuduga.
Berikut adalah cara menangani soalan "Berapakah Gaji yang Anda Mahu?":
- "Saya lebih selesa sekiranya pihak Tuan sendiri memberikan saya julat gaji untuk jawatan ini"
- "Pendapatan kasar semasa saya bekerja di syarikat terdahulu adalah RM3,500. Bolehkah tuan berikan julat gaji untuk jawatan ini?"
- "Saya rasa agak terlalu awal untuk membincangkan perkara ini. Saya lebih selesa untuk membincangkan berkenaan pengalaman kerja dan skillset saya terlebih dahulu sebelum kita ke peringkat seterusnya."
Elakkan dari terus bertanya berkenaan soal gaji dan bonus diawal proses temuduga. Sebaliknya tunggu sehingga penemuduga menerangkan kepada anda atau bertanyakan berkenaan gaji yang besesuaian untuk anda.
terima kasih atas perkongsian yang menarik.. saya rasa jawapan ini :
ReplyDelete"Saya rasa agak terlalu awal untuk membincangkan perkara ini. Saya lebih selesa untuk membincangkan berkenaan pengalaman kerja dan skillset saya terlebih dahulu sebelum kita ke peringkat seterusnya."
saya rasa jawapan ni tidak sesuai kerana seolah-olah cuba mengelak soalan yang ditanya penemuduga.
Seperti juga tidak menghormati pertanyaan penemuduga
tq atas pandangan, rakan!
ReplyDeleteAnonymous Bastard = papit himself ?
ReplyDelete